Tempahan sudah dibuka! Perodua Bezza 2020



https://www.youtube.com/watch?v=15vH6BFfQPs

Pagi ini pihak Perodua sendiri telah mengumumkan bahawa tempahan untuk sedan segmen-A tersebut sudah dibuka, dan turut menyiarkan video teaser pendek menampilkan pemain bola sepak, Safee Sali.

Harga dan varian nampaknya sama seperti yang tersebar sebelum ini – Bezza ditawarkan dalam empat varian, bermula dengan model asas Bezza 1.0 GX Manual berharga RM34,580, Bezza 1.0 GX Automatik berharga RM36,580, Bezza 1.3 X Automatik berharga RM43,980 dan model tertinggi Bezza 1.3 AV berharga RM49,980. Pembelian model ini datang sekali dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

Kesemua varian Bezza 2020 akan hadir standard dengan lampu hadapan LED, skirt sisi dengan warna badan, penderia undur serta sistem brek ABS bersama EBD. Bezza juga kali ini datang dengan sistem kestabilan elektronik (ESC) dan juga kawalan cengkaman (TRC), tetapi hanya untuk model pertengahan Bezza X dan model tertinggi Bezza AV menerima sistem keselamatan aktif ini.


Seperti juga kembar hatchbacknya Perodua Axia, Bezza AV turut hadir dengan sistem bantuan pemanduan ASA 2.0 yang merangkumi sistem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC) – semuanya berfungsi melalui kamera pada cermin utama.


Model X dan AV juga akan hadir dengan pelbagai ciri premium lain antaranya sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin, penderia parkir hadapan, gril dengan kemasan krom dan juga rim aloi bersaiz 15-inci. Walau bagaimanapun, hanya Bezza AV yang diberikan cermin sisi boleh lipat berkuasa.
Bezza 2020 akan ditawarkan dengan enam warna – Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown sedia ada, bersama dua warna baharu iaitu Garnet Red (untuk varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey.
Menerusi video yang disiarkan, Bezza 2020 nampaknya diberikan perubahan ketara pada bahagian muka – menampilkan lampu hadapan yang lebih nipis dan tajam, bersama bampar hadapan baharu dengan perumah lampu kabus/kemasan liang udara sisi yang direka lebih bersegi dan agresif.

Rekaan lampu belakang masih lagi nampak sama, tetapi bampar pada bahagian ini kelihatan lebih ‘sibuk’ dengan pemadanan kemasan untuk reflektor yang besar dan nampak seperti liang udara palsu seakan pada Axia facelift dan Myvi, serta kemasan seakan diffuser juga jauh lebih besar dari sebelum ini.
Pada bahagian sisi, dapat dilihat kemasan skirt sisi juga berubah bentuk, dan ia kini diberikan set rim aloi dua-tona dengan rekaan baharu. Untuk keseluruhan, Perodua mungkin mahukan Bezza facelift ini kelihatan lebih hampir dengan model sedan konsep Perodua Buddyz yang muncul pada tahun 2013.
Tidak dapat dilihat dengan jelas apa perubahan besar pada bahagian dalaman melalui video berkenaan. Rekaan asas papan pemuka masih lagi nampak sama, tetapi menurut Perodua, Bezza 2020 hadir dengan panel meter diberikan pencahayaan putih yang lebih jelas dari sebelum ini.
Tiada sebarang perubahan besar untuk sistem mekanikal pada Bezza kemaskini ini, dan ia masih akan dijana enjin 1KR-VE 1.0 liter VVT-i berkuasa 67 hp/91 Nm dan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i berkuasa 94 hp/121 Nm, serta digandingkan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik E-AT empat-kelajuan yang sama.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. bezza 2020 baru dijangka akan menampilkan enjin petrol 1KR-VE 1 liter dan 1 liter 1NR-VE yang sama, sama ada dengan manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

    ReplyDelete
  6. Perodua Bezza 2020 Get more detail information on Perodua Bezza 2020 on WapCAR APP!~

    ReplyDelete
  7. Perodua Bezza 2020 Dapatkan maklumat lanjut tentang Perodua Bezza 2020 di WapCAR APP! ~

    ReplyDelete
  8. Perodua Bezza 2020 Dapatkan maklumat lanjut tentang Perodua Bezza 2020 di WapCAR! ~

    ReplyDelete

Post a Comment