Empat tip mudah jimat beli barang sekolah anak

CUTI sekolah semakin hampir, misi mencari barang sekolah pun bermula.
Ibu bapa mesti dah mula fikir beli barang sekolah anak-anak, kan? Harap perkongsian sederhana ini membantu anda semua.






1. Senaraikan Barang Yang Mahu Dibeli

Ini penting untuk mengelakkan kita ‘terbeli’ barang yang bukan dalam bajet. Sebelum keluar membeli, senaraikan dulu apa kita mahu beli. Lagi baik kalau kita boleh sertakan anggaran harga barang tersebut. Ini bagi mengelakkan kita terlebih bajet.

2. Tak Semestinya Semua Mesti Baru!

Baju, beg dan kasut  sekolah tahun sebelumnya yang masih elok dan boleh dipakai lagi. Tak perlu beli baru semuanya. Kenal pasti peralatan serta kelengkapan sekolah yang masih boleh digunakan & hanya beli barang-barang yang sudah tidak ada atau sudah tidak boleh digunakan lagi sahaja. Contohnya seperti beg atau alat tulis, kadang-kala, beg yang ada masih elok dan boleh digunakan, jadi tak perlulah beli baru.

3. Survey Harga Di Beberapa Kedai / Pasaraya

Ini agak penting juga. Walaupun banyak pasaraya terkenal menawarkan harga diskaun tetapi kadang-kadang harga di kedai biasa, masih lebih murah. Kualiti juga tak banyak beza. Kasut sekolah contohnya, di pasarayaKU / HariHari cuma berharga RM12.90 sepasang dengan kualiti setanding yang dijual di pasaraya terkenal (Giant/Tesco/Parkson dll) dengan harga RM25.

4. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal

Jenama terkenal tidak menjamin apa-apa pada persekolahan anak kita. Tiadanya bila pakai baju jenama terkenal, maka anak kita pasti akan jadi pandai dan pasti dapat nombor 1 dalam kelas. Jika anak kita dapat nombor 1 pun, ianya bukanlah disebabkan baju yang dipakai... jadi tidak perlu terpengaruh dengan iklan baju sekolah jenama itu dan jenama ini. Tidak perlu ikutkan jenama beg yang paling 'famous'. Betul atau tidak?
Berbelanja ikut kemampuan. Jika anak minta yang berjenama tetapi di luar kemampuan kita, jelaskan pada mereka. InsyaAllah anak-anak faham. Lebih-lebih lagi jika anak sekolah rendah, mereka tak kisah pun jenama apa, asalkan cantik dimata, mereka dah suka sangat.
Cukuplah perkongsian 4 tip ini. Mungkin ramai ibubapa yang memang amalkan tips ini jugak. Berbaloi.

Sumber : GPS Bestari

Comments