Apa yang kita tahu mengenai jangkitan virus Corona baru - Wuhan corona-n2019?

Apa yang kita tahu mengenai jangkitan virus Corona baru - Wuhan corona-n2019? Bagaimana perkembangannya?

31 Dec 2019: kelompok (cluster) jangkitan virus yg tidak diketahui dikesan
01 Jan 2020: Pasar “Huanan Seafood Centre” ditutup kerana cluster di atas dipercayaai mempunyai kaitan dengannya.
07 Jan 2020: China mengesahkan ia adalah virus baru.
12 Jan 2020: WHO maklum belum ada bukti jangkitan manusia ke manusia
13 Jan 2020: Thailand lapor 1 kes (impot)
16 Jan 2020: Jepun lapor 1 kes (impot)
20 Jan 2020: China lapor 201 kes. Terdapat bukti penularan manusia ke manusia. Korea Selatan lapor satu kes (impot).
23 Jan 2020: Singapura lapor 1 kes (impot)

Sehingga 24 Januari 2020 jam 4.10 petang (Channel News Asia):

China - 830 kes, 26 kematian
Thailand: 4 kes
Singapore: 3 kes
Hong Kong: 2 kes
Japan: 2 kes
Macau: 2 kes
South Korea: 2 kes
Vietnam: 2 kes
Taiwan: 1 kes
USA: 1 kes
MALAYSIA: 0 kes

Kadar kematian: 3.06%
(Bandingan wabak virus corona yg lain: SARS - 10%, MERS-CoV - 35%).

Semua kematian di China.

Tiada bukti penularan dalam masyarakat telah berlaku di luar China.

Bagi WHO mengistiharkan ia sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Kerisauan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC), mesti penuhi kriteria berikut:
1. Penularan komuniti (manusia ke manusia) di negara asal ✅
2. Kadar kematian tinggi X
3. Penularan komuniti di luar negara asal X

Maknanya masih dalam pemerhatian WHO, belum ada peristiharan sedemikian (PHEIC).

Risiko jangkitan merebak ke Malaysia: TINGGI

Namun langkah2 pencegahan sangat mudah:
1. Mereka yang bergejala demam, batuk dan selsema DAN MEMPUNYAI SEJARAH KE CHINA dalam tempoh seminggu dua lepas, SEGERA DAPAT RAWATAN dan MAKLUM kakitangan kesihatan sejarah perjalanan ke China (pusat wabak).
2. Guna penutup hidung dan amal amalan batuk yg betul (batuk dalam sapu tangan atau lenggan baju anda)
3. Fasiliti kesihatan khususnya KLINIK SWASTA wajar amalkan “triaging” dan pastikan anggota menggunakan PPE yang bersesuaian.
4. Bagi orang awam:-
a. Amal kebersihan diri - sentiasa bawa bersama “hand sanitiser”.
b. Amal amalan batuk yg betul
c. Waspada di kawasan yang padat dengan manusia. Jika anda mempunyai gejala, elak ke tempat tumpuan awam. Jika perlu, guna penutup hidung.
d. TANGGUHKAN perjalanan ke negara wabak (setakat ini hanya China).

Bagi anggota kesihatan: LINDUNGI DIRI SENDIRI DENGAN AMALAN PENCEGAHAN YANG BAIK. PATUHI SEMUA S.O.P SEPENUHNYA. Kelekaan membawa padah.

Prof Datuk Dr Lokman Hakim S
Pakar Perunding Kesihatan Awam.
24/1/2020

Comments