CARA MEMILIH CAR SEAT YANG SESUAI UNTUK ANAK ANDA



Tips semasa membeli car seat (di kedai πŸ˜‰)
Awas, coretan ini panjang 
Ini kisah kami dan car seat
Hai semua, saje nak tulis coretan disini, mungkin boleh dijadikan panduan, yang baik boleh diguna-pakai, yang tak elok, jangan ikut ye πŸ™ˆ. Saya cuba tulis dalam bahasa yang mudah difahami serta ejaan yang jelas.
Ok, semua kenalan di alam maya, rata-rata nya tahu saya seorang ibu yang menyokong penyusuan susu ibu, penggunaan ergonomik carrier, penggunaan cloth diaper dan cloth pad dan lain-lain lagi.
Bukan saya seorang, kawan-kawan pun sama kanπŸ˜‰ tidak ketinggalan mengenai penggunaan car seat, saya mula berkenalan dengan car seat 5 tahun lepas, tapi masa tu membeli dan menggunakan car seat tanpa ilmu, main redah je.
Faktor utama pemilihan car seat waktu itu adalah harga dan bukannya ciri-ciri istimewa, tahap keselamatan, cara penggunaan dan pemasangan. Konon waktu itu kalau harga mahal, pasti elok, pasti best, pasti selamat.
Rupanya-rupanya banyak faktor yang perlu diambil kira sewaktu pemilihan carseat tau. Pernah tak nampak ibu bapa yang menggunakan car seat, anak elok dalam harness, tapi kerusi tidak dipasang dengan betul pada badan kereta?
Atau ibu bapa yang menggunakan car seat, kerusi telah diikat dan dipasang betul pada kereta, tapi anak tidak dipakaikan harness?
Terkadang nampak jua ibu bapa dengan kereta buatan tempatan, tapi anak elok dalam car seat dengan pemakaian dan pemasangan yang betul, terkadang nampak jua ibu bapa dengan kereta luar negara, tapi anak dibiar bebas dalam kereta.
Dan paling ramai ibu bapa macam saya, anak dah elok dalam car seat dengan harness, kerusi dah dipasang elok pada kereta, tapi ada kesalahan sedikit dari segi pemasangan atau penggunaan harness dengan longgar, atau anak tidak sesuai lagi dalam car seat tersebut tapi masih teruskan penggunaan πŸ™ˆ
Pernah nampak situasi macam tu? Pasti pernah kan πŸ˜Šsebab itulah pentingnya kita menghadiri pemeriksaan car seat yang dianjurkan oleh badan tertentu, masa itulah kita tahu kesalahan atau kesilapan yang kita dah buat sambil timba ilmu tanpa had. Boleh ketahui tarikh dan tempat untuk pemeriksaan CS www.facebook.com/cpsmalaysia.org jangan lupa set See First supaya tak tertinggal announcement
Ok, berbalik pada cerita asal, kedua anak saya telah menunjukkan ciri-ciri "outgrown" car seat asal mereka, ya car seat juga ada had umur, berat, ketinggian dan juga tarikh luput, tapi biasanya tarikh luput ni lama lagi, kebanyakannya 6 tahun dari tarikh pengeluaran, malah ada yang lebih
Semasa pemeriksaan car seat (tahun lepas), saya telah dinasihatkan agar menukar car seat anak sulung saya, kerana
-ketinggian bahu telah melebihi ketinggian maksima shoulder belt (harness), jadi tidak sesuai lagi menggunakan five point safety, walaupun berat dia baru mencecah 14/15 kg, boleh digunakan as car seat booster dengan three point safety sebab car seat dia had berat 25 kg
- kebanyakan jenama car seat hanya membenarkan penggunaan harness sehingga berat 18 kg sahaja, tapi tetap bergantung pada ketinggian dan juga berat anak.
Untuk pengetahuan, five point safety lebih bagus dari three point safety, tapi lebih bagus guna sebagai three point dari tak pakai car seat langsung
Semasa pemeriksaan dijalankan, anak saya berumur 4 tahun, walaupun rasa masih kecil untuk menggunakan belt kereta sahaja, tapi kira usia dia dah matang lah juga πŸ˜‚
Pada tahun ni memang berniat jika ada rezeki lebih nak belikan anak kedua car seat baru, sebab car seat dia mempunyai had berat 18 kg, dan dia dah 15 kg, jadi memang kena tukar dah.
Jadi bila kedai yang saya usha buat warehouse sale, apa lagi, memang nak sangat pergi, harga banyak turun kot πŸ˜±.
Sebelum pergi memang dah usha Graco, punyalah eksited nak juga beli, siap tengok YouTube cara pemasangan, kelebihan dia dan lain-lain lagi. Graco ni yang best sebab ada certain jenis dia ada
- tambahan ruangan untuk letak kaki, jadi kaki tak lah lenguh,
-ada tempat simpanan (letak botol air/botol susu) di kiri kanan, jadi anak-anak senang lah nak minum susu ke apa, dan yang paling best sebab dia
-boleh pakai five point safety harness untuk jangka masa yang lama, sampai 29 kg πŸ˜±, dan
-head rest dia boleh dinaikkan selari dengan ketinggian anak, lagi syok sebab tak perlu nak betulkan slot atau threading shoulder belt sebab dia automatik naik bila anda naikkan headrest.
Mak bapa yang tahu jerih perih nak betulkan slot tali bahu dan berpeluh cik keti masa nak pasang CS pada kereta memang suka bab ni πŸ™ˆ.
Lagi-lagi kawan-kawan alam maya dah *racun* , adudu, siap nak main kutu untuk CS graco ni, tapi sebab player tak cukup, maka tak jadi, fuhhhhh
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, jeng jeng jeng
Sampailah sudah ke kedai yang dinyatakan, ramai sungguh orang yang datang, parking pun penuh πŸ˜‚
Sampai je ke kedai, promoter sambut kedatangan kami, ni bukan sebarang promoter tau, ni menjual dengan kefahaman dan ilmu di dada, bukan main sebut je, korang pasti teringat dengar penjelasan beliau.
Oklah, ramai plak yang tanya kedai apa, kita pergi Little Whiz, sebab kita pernah berurusan dengan mr Louis semasa pemeriksaan car seat. Cpst tu child passenger safety technician, kiranya mereka ni arif bab-bab car seat ni, bukan main-main tau, semua ada tauliah ye, bukan sijil beli punya, ada kursus dan praktikal yang diorang perlu jalani. Ada juga Dinas, Jchanet, Theresa dan beberapa orang lagi. ( Will tag them in first komen)
Di kedai, Yus yang layan kami, chubby girl yang peramah, so apa lagi, kita cerita lah permasalahan kita
1) Anak yang slim dan tinggi, tapi rasa masih kecil untuk pakai 3 point
2) Anak yang gebu dan rendah, tapi menghampiri had CS sedia ada
Setelah diteliti manual kereta dan ciri utama yang kami cari, maka Yus mencadangkan Koopers Waltz, apa yang best si Koopers ni?
- tidak perlu menggunakan top tether, guna belt pun boleh, sesuailah untuk kereta macam saya yang tiada Isofix dan tether nih
- head rest dia boleh dinaikkan uooollsss (ala-ala Graco) tanpa perlu threading shoulder belt, best sangat πŸ˜±
- saiz dia yang sedang-sedang saja, tidak terlalu bulky atau kecil, ngam-ngam soi gittew,
- boleh pakai five point harness selagi anak tidak melebihi had berat dan had tinggi tali keledar anak
- oh ya, seat dia juga boleh recline, so untuk perjalanan jarak jauh atau ketika anak tidur, selesa sangat, kalau sebelum ni CS kakak tak boleh recline, kesian juga bila dia tidur kepala terlentok ke depan , walaupun kita tahu dia ok je, tapi biasalah, mak-mak kan πŸ˜…
- dan banyak lagi tau πŸ˜‰
Jadi bermulalah episod from Graco to Koopers kami, harga pun lebih best tau, 6++ sahaja semasa warehouse sale.
Tips membeli CS di kedai
1) Dapatkan serba sedikit maklumat dari internet supaya kita faham serba sedikit semasa penerangan diberikan
2) Sila bawa manual kereta anda, ini untuk memudahkan mereka mendapatkan maklumat seperti berapa banyak pemasangan car seat yang dibenarkan, ciri sedia ada kereta samada mempunyai isofix, top tether, dan lain-lain
3) Bawa anak dan kereta untuk mencuba kesesuaian, ada anak yang tidak selesa di dalam CS tertentu, dan ada kereta yang tidak sesuai apabila dipasang CS idaman (macam carrier juga)
4) Buka minda anda untuk menerima ilmu baru, dan buka hati untuk perubahan CS yang dicadangkan
5) Ketahui tinggi, berat dan umur anak agar mudah untuk diberi pilihan car seat yang bersesuaian
6) Bawa kewangan secukupnya πŸ™ˆ
Ok, panjang dah ni, rasa terlebih pula, jangan lupa pilih CS yang bersesuaian, dan anda boleh lah join support group di FB Group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) dan juga Malaysian Carseat Support Group πŸ˜Š
Edited - normal price for Graco usually from 1+++, exclude during sale ataupun harga pengenalan, Koopers harga berbeza mengikut jenis dan spesifikasi yang ditawarkan.
My first daughter Eimaan is 5 years old, weight nearly 17 kg, and 10+ cm,
My second daughter Maryam is 3 years old, weight nearly 15 kg, and 9+ cm.
Anda boleh dapatkan senarai kedai yang menjual car seat di kawasan berhampiran anda di dalam file di support group Malaysian Carseat Support Group.
Kebiasaannya car seat ada dijual di kompleks membeli belah ataupun kedai menjual barangan bayi, tapi bonus bagi anda jika dapat membelinya di kedai yang mempunyai cpst seperti Little Whiz, Babydits, Safe n Sounds (sekadar menyebut beberapa nama)
Ada banyak lagi jenama car seat di pasaran yang mematuhi piawaian keselamatan yang telah dinyatakan, boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif πŸ˜Š

 Kredit :

Comments