JAKIM Wajibkan Pengesahan status Halal pada penapis air sebelum dijual.

Memasuki tahun 2020, sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan penapis air di rumah.

Permintaan penapis air yang tinggi melihatkan kepada keadaan air semasa sekaligus membuka peluang buat syarikat penapis air dalam dan luar negara menawarkan produk mereka.

Walau bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan hasil kajian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengejutkan ramai apabila didapati 120 penapis air yang berada di pasaran diragui status halalnya berikutan penggunaan tulang haiwan yang tidak diketahui.

Perkara ini turut disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui pemeriksaan lapangan yang menemui penapis air mengandungi bahan daripada sumber haiwan seperti tulang dan lemak.

Comments