Larangan merokok di restoran, premis makanan 1 Januari 2019


Seperti yang telah diketahui dan dimaklum kan.Mana-Mana Premis bangunan kerajaan adalah merupakan kawasan yang dilarang merokok.Seperti juga kawasan Lapangan Terbang,kawasan taman-taman awam dan Rekreasi serta bangunan tertutup yang diperuntukan dalam peraturan 11(1)(h) Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(PPKHT) 2004.Sehubungan itu adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan atau pemilik premis terbabit untuk mempamerkan suatu tanda larangan merokok di mana-mana bahagian yang mudah dilihat pada premis dan memastikan tiada seorang pun merokok di dalam kawasan premis tersebut.ketidak patuhan kepada perkara ini akan menyebabkan pemilik premis tersebut boleh DIKOMPAUN di bawah Peraturan 12(1)(a) dan Peraturan 12(1)(b) PPKHT 2004.Langkah ini adalah satu usaha untuk memperkukuhkan perlindungan daripada asap rokok bagi menepati keperluan perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia Pada tahun 2003. 

Bagi pesalah yang merokok di tempat larangan merokok.pesalah akan di ambil tindakan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(g).Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.kerana merokok di suatu tempat yang dilarang merokok.Kompuan sebanyak Rm500@rm250 akan dikenakan.Sekiranya tiada maklumbalas diterima dari pesalah,maka tindakan pendakwaan di Mahkamah akan diambil sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kes tersebut.Peringatan bahawa kes ini jika disabitkan kesalahan oleh makhamah di bawah peraturan 11(3),Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.Pesalah boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu(rm10,000.00) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 Tahun.

Take Note.

Comments