Larangan sementara untuk menderma darah buat pasangan baru berkahwin.


Kali ini kami kongsikan salah satu larangan sementara untuk menderma darah. 

Ya, bagi mereka yang baru sahaja berkahwin, tingkap waktu atau "window period" untuk mereka menderma kembali adalah selama ❗1 TAHUN ❗

KENAPA? 🤔

Tingkap waktu ini adalah untuk memastikan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bebas daripada sebarang jangkitan penyakit terutamanya virus HIV atau penyakit-penyakit berjangkit yang lain.

Pasangan suami isteri juga hendaklah mengambil tahu sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang mempunyai penyakit seperti Hepatatis A, B atau C.

Ini adalah untuk memastikan pasangan suami isteri bebas daripada jangkitan penyakit-penyakit yang dinyatakan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

Selepas 1 tahun barulah anda boleh menderma darah kembali seperti biasa 😉

#jomkongsi untuk pengetahuan bersama 👍🏼

Comments