Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Sebut sahaja nama oleh Idiyaz Baharuddin, pasti pembaca setia laman web ini teringat gambaran 3 dimensi rekaan Perodua Kembara yang tular di media sosial sehingga menjadi bahan berita dalam Buletin Utama kan? Kali ini beliau kembali dengan gambaran 3 dimensi terbaharunya, Proton V70 atau model pengganti Exora yang dibangunkan dari pelantar Geely Jia Ji.

Wow! Ini adalah ungkapan pertama yang terpacul dari mulut penulis sebaik sahaja melihat karya baharu tersebut. Ia seakan model yang direka oleh Proton|Design kerana hasil karya yang dibuat sememangnya bertaraf profesional. Tidak hairanlah kerana beliau kini bertugas bersama dengan pasukan DreamEdge.

Apa yang penulis ingin ulas mengenai rekaan Proton V70 ini?
Secara keseluruhan reka bentuk asas dari Geely Jia Ji masih lagi kelihatan, namun beberapa rombakan telah dibuat terutama sekali di bahagian depan. Wajah Proton V70 versi Idiyaz nampak lebih garang berbanding Geely Jia Ji dengan lampu depan yang nipis dan tajam.
DNA rekaan baharu Proton seperti busur (Ethereal Bow) dan corak Inifinite Weave digarap dengan begitu baik pada bahagian jeriji. Kemasan krom pada bentuk busur yang bersambung dengan lampu depan membuatkan model MPV ini nampak lebih lebar. Inifinite Weave pula disusun dengan begitu kemas pada jeriji dan di bahagian bawah bampar.




Sekilas pandang reka bentuk depan Proton V70 ini menampakkan visual seperti seekor harimau yang sedang mengaum. Dari pandangan sisi, model 3 dimensi ini mengalami beberapa perubahan pada lekuk badan yang menampakkannya lebih sasa. Bentuk tingkap asal model Jia Ji masih lagi kekal kerana ia menjadikan MPV ini nampak lebih panjang.
Ke bahagian belakang, Idiyaz masih mengekalkan identiti asal model Jia Ji dan hanya mengubah reka bentuk lampu serta bampar sahaja. Lampu belakang Proton V70 ini yang direka bentuk semula supaya kelihatan lebih moden dan canggih. Bampar belakang model 3 dimensi ini pula kelihatan lebih ringkas tetapi jalur krom yang berada di bahagian bawah berjaya menaikkan imej premium model tersebut.
Tidak dilupa, reka bentuk rim seperti ‘Bunga Raya’ dengan kemasan dwitona melengkapi penampilan keseluruhan gambaran 3 dimensi Proton V70 ini. Jujurnya kami memang sangat suka dengan rekaan tersebut, dan kami pasti anda juga bersetuju dengan pendapat kami kan?

Comments

  1. Jika x70 kelihatan seperti harimau, apa yang kelihatan seperti Perodua Bezza 2020!

    ReplyDelete
  2. Thank you for the great post! I love your articles! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee capsule, I make my own k cup with a k cup filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently.

    ReplyDelete

Post a Comment