System RFID Touch 'n Go boleh digunakan sebagai pelaksanaan fasa pertama, 1 Januari 2020


BERITA BAIK!
 
Bermula pada 1 Januari 2020, system RFID Touch 'n Go boleh digunakan sebagai pelaksanaan fasa pertama di 10 plaza tol sistem terbuka di lebuhraya PLUS.
 
Mod pembayaran tol yang sedia ada iaitu kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi diterima seperti biasa. Transaksi tol secara RFID Touch ‘n Go dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol kerana pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhenti untuk menyentuh kad di lorong tol, menambah nilai eWallet dengan lebih mudah secara atas talian, mengurangkan isu kad elektronik tidak cukup baki dan lain-lain lagi. Layari www.plus.com.my untuk maklumat lanjut.
 
Bagi mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkannya di 130 pusat pemasangan yang disediakan oleh Touch ‘n Go. Maklumat lanjut mengenai pusat-pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid


#PLUS_Comfort
#PLUSMenjagaAndaSepanjangPerjalanan
#TahunBaru2020

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Buzz At Plus

Comments