TIPS MEMILIH HOTEL DI MEKAH

TIPS MEMILIH HOTEL DI MEKAH.

Tahu tak hotel di Mekah ada 3 kawasan?

Setiap kawasan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebelum pergi umrah, pastikan kita tahu di mana kita duduk supaya tak menyesal bila dah sampai sana nanti.

1. HOTEL DI KAWASAN MISFALAH.

Hotel Misfalah ni kawasannya betul-betul di belakang hotel Milleniun Tower (dulu dipanggil Hilton Tower) atau menara zam zam. Misfalah ni kawasan yang landai dan menjadi tumpuan kepada semua jemaah yang ingin membeli belah.

Bila dah jadi kawasan dan tempat tumpuan, laluan pula landai memang hotel-hotel dekat area situ agak mahal jika dibandingkan dengan hotel-hotel di kawasan lain. Jadi jangan terkejut kalau setengah pakej jarak hotel sama tapi harga agak berbeza.

Jarak ke hotel dari 500m sehingga 1 km. Sampai ke jejambat di Misfalah. Kalau musim Haji penginapan jemaah boleh sampai 2 km. Bergantung di mana lokasi jemaah ditempatkan.

Boleh dikatakan 50% jemaah di area Misfalah adalah dari jemaah Pakistan. Sebab itu banyak restoran makanan mereka dan kedai nak shopping barang pun mudah dapat di sini.

Hotel pada jarak 50m hingga 500m boleh kita dapati di bahagian depan Masjidil Dalam sehingga Jabal Omar. Ini dah kira kawasan Elite. Hotelnya pun pemium belaka sesuai dengan 'nama' dan jaraknya.

Jemaah Rarecation kami sekarang duduk di Safwah Tower. Sebelah menara Zamzam. Depan Masjidil Haram dengan jarak 50m. Turun escalator terus ke masjid. Dekat dan sangat sesuai untuk jemaah yang berkeluarga.

JARAK ISU YANG SANGAT PENTING.

Perkara ni ramai jemaah Malaysia yang tak faham dan tak dapat maklumat dengan jelas. Sekarang dah ada google map. Bolehlah refer dari situ sebelum kita pilih apa-apa pakej.

Ingat, penting untuk tahu di mana hotel kita akan menginap. Sebab ia akan memberi kesan kepada urusan ibadah kita di sana nanti. Kita akan berulang alik ke Masjid biasanya 7-8 hari di Makkah.

Jarak dekat atau jauh itu sesuatu yang subjektif. Ada jemaah suka duduk dekat. Ada pula yang memilih lokasi sedikit jauh atas alasan tersendiri. Masing-masing ada 'taste', ikutlah kemampuan dan ukurlah langkah ikut kaki sendiri.

Kebiasaan jemaah yang duduk hotel di kawasan Misfalah mereka akan masuk pintu King Abdul Aziz atau King Fahd dan jemaah tak mudah sesat untuk ke hotel sebab jalannya lurus dan mudah.

Dah nampak sikit jalannya?

Esok kita sambung tips kedua. Hotel di kawasan Ajyad pula. Ramai orang kita di sini.

Siapa nak tambah dialu-alukan. Boleh jadi panduan kepada kawan-kawan kita yang first time nak ke sana. Kota Makkah ni wajahnya sentiasa berubah. Pasti tak sama setiap kali kita pergi buat umrah.

Perkongsian : Rarecation 

Comments