Vaksin pneumococcal Percuma akan diberikan seawal Jun 2020!



Berita yang ditunggu-tunggu. Vaksin pneumococcal Percuma akan diberikan seawal Jun 2020. Hanya untuk anak yang lahir 1/1/2020.

Kementerian Kesihatan akan melaksanakan program suntikan vaksin pneumokokal secara percuma khusus kepada bayi seawal Jun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata setakat ini mereka yang layak diberikan suntikan percuma adalah bayi yang lahir bermula 1 Januari 2020.
Penyakit pneumokokal disebabkan bakteria dikenali sebagai streptococcus pneumoniae yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan serius dan sering berlaku dalam kalangan golongan muda, warga emas dan mereka yang mengalami keadaan perubatan serius.

Ia termasuk jangkitan paru-paru, radang paru-paru, meningitis, jangkitan dalam darah, jangkitan sinus dan jangkitan telinga tengah.

Pemberian vaksin pneumokokal dilapor mampu menjimatkan kos perubatan kerajaan sehingga RM488 juta sekali gus menurunkan kadar kematian sehingga 792 kes dalam tempoh lima tahun.

Comments