Pasang RFID TnG Secepat Mungkin Kerana Caj RM35 Bakal Tiba


Touch ‘n Go RFID diperkenalkan dalam bulan Ogos 2018. Sejak itu, ribuan kereta telah pun dipasang dengan pelekat RFID yang membolehkan mereka melalui plaza tol dengan pantas.

Sejak diperkenalkan pihak TNG menyediakan pemasangan pelekat ini di seantero Semenanjung Malaysia tanpa sebarang bayaran. Anda Cuma perlu hadir ke titik panas yang tertentu untuk memasangnya. Tapi promosi itu bakal berakhir kerana selepas 15 Februari 2020, setiap pemasangan RFID akan dikenakan caj RM35.

Untuk yang sudah memasangnya, anda beruntung kerana berolehnya secara percuma. Tapi perlu diingatkan supaya anda menjaga pelekat itu sebaiknya kerana kalau ia rosak atas kecuaian sendiri, anda perlu membelinya pada harga yang disebut tadi.


Comments