Baju hasil titik peluh menjual susu masih disimpan. Terbaik pegasas Farm Fresh!

Ini kisah raya 10 tahun dahulu. Farm Fresh Sdn Bhd sblm ni d kenali dengan Ladang Anglo Nubian Sdn Bhd. Asal nya kami jual susu kambing. Susu lembu baru jual sikit2 je waktu tu. Bazar ramadhan Prima Saujana Kajang menjadi saksinya.
Lihatlah posting 15 ogos 2010 tu. “Alhamdulillah 60 botol susu kambing habis dijual”...kalau org baca... WOW habis semua☺️... pada hal harga RM 5/botol... baru 300 ringgit jumlah jualannya. Kalau margin 20%, adalah untung RM 60 pada hari itu dan mungkin nilai nya sama dgn belanja anda sehari d bazar ramadhan... duit itu harus d kumpul untuk bayar sewa rumah dan perbelanjaan lain😢...brader tak berbuka d rumah pada waktu itu, brader lebih senang berbuka d bazar kerana jiran2 niaga akan belanja sesama kita, ada yg bagi roti john, bagi kambing bakar😅, bagi nasi...kami bertukar barang jualan sebagai juadah berbuka...tapi brader bersyukur🙏. 

Baju yg brader pakai dalam gambar tu masih ada di simpan... ada d sertakan gambar terbarunya pagi ni... dan bukan ori😎...baju anak sulong brader yg berumur 17 tahun🙈... waktu susah tu brader x beli baju baru dan kalau ada baju anak yg sesuai...brader pakai, kadang2 yg tema remaja pun brader belasah jer asal muat🤪🙈.

Posting selamat hari raya 9 sept 2010 tu jatuhnya pada hari jadi brader... hari jadi yg tiada ucapan selamat dari sesiapa pun😢...hanya brader like sendiri😅... tq pada FB frens yg sudi komen

Pada akhir bazar ramadhan sblm raya, ada baki wang lebih kurang RM 1800 di tangan dan 80% modal susu yg harus aku pulangkan pada company... berapa je lah tinggal bakinya untuk hari raya😢. Brader cuma bisa menarik nafas dan termenung.. ptg sehari sblm raya Loi talipon bertanya khabar dan bagi tau... “kau pakai la dulu duit yg ada tu buat belanja raya mi”... begitulah hari raya brader 10 tahun yg lalu🙏

Bagaimana bisa sampai ke titik ini... kerana brader TAHAN.

Comments